Thursday, 2 February 2012

kemanisan CINTA yang halal selepas nikah..♥

kemanisan CINTA yang halal selepas nikah..♥

Benar, manisnya bercinta selepas nikah. Kemanisan mencintai yang halal dan diredhai. Bercinta tanpa rasa takut, bimbang atau was-was kerana ianya adalah yang haq. Bercinta dengan penuh yakin bahawa itulah cinta yang diperintahkan Allah untuk dijagai dan disuburkan. Manisnya cinta ini lebih terasa kerana mujahadah menjauhi larangan Allah sebelum ijabkabul akhirnya diakhiri dengan ikatan yang suci lagi indah. Kemanisan ini mana mungkin bisa dirasai jika sebelumnya telah terbiasa melanggari hukum-Nya. 

Benarlah firman Allah:
“Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir.” (Surah Ar-Ruum: Ayat 21)

Cinta ini membahagiakan, namun hadapi penuh keinsafan bahawa manusia mentadbir sedangkan Allah lah yang mentaqdir. Kita merancang dan Allah jua sebaik-baik perancang. Pada usaha dan mujahadah sedikit ini dalam mencari cinta yang halal, kita menyerahkan sepenuhnya natijah pada Allah, penentu segala. Kita ingin cinta Allah tertinggi di hati kerana hanya dengan cinta-Nya dapat mencintai satu sama lain (suami isteri) dengan cinta yang suci dan dengan cinta-Nya saja segala ujian akan dapat dihadapi.


Doa Seorang Pencinta;

Ya Allah, hamba tunduk merendah pada-Mu penuh yakin bahawa bahagia itu hanya datang dengan mencintai-Mu, maka jadikanlah saya dan suami sebagai orang yang mencintai-Mu.

Ya Allah, jadikanlah hamba-Mu ini mencintai orang yang beriman, dan jadikanlah orang yang beriman menyintaiku. Jadikanlah cinta-Mu dan cinta Rasul-Mu sebagai cinta yang menunjangi cinta kami dari awal hingga akhir. Jadikanlah cinta kami ini cinta yang Kau redhai ya Allah. Jadikanlah cinta ini cinta yang menambahkan cinta kami pada-Mu dan Rasul-Mu. Jadikanlah cinta ini sebagai penguat semangat kami untuk berjuang di jalan-Mu. Jadikanlah cinta kami kekal hingga ke syurga-Mu. Amin...

No comments:

Post a Comment